Friday, September 5, 2008

TAKZIAH & PUJIAN



(Ketua Pengarah JAKIM : Dato' Hj Wan Mohammad Dato' Syeikh Abd Aziz.)



Jenazah Syeikh Abdullah sewaktu dikelurkan untuk disemadikan berdekatan Masjid Jamik Abi Haydar, Bayrut.

PERUTUSAN KHAS TA'ZIAH DAN PUJIAN OLEH :


KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) DATO' HJ WAN MOHAMAD BIN DATO' SHEIKH ABDUL AZIZ DI ATAS KEMBALINYA AL-MUHADDITH SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI KE RAHMATULLAH


Y.Bhg Dato' mengucapkan : " Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harary merupakan insan yang soleh dan mulia, pemergian beliau juga pada bulan yang mulia (Ramadhan). Benarlah ungkapan : 'orang yang mulia kembali kepada Allah pada bulan yang mulia'. Ta'ziah saya ucapkan untuk ahli keluarga, anak-anak murid dan seluruh pengikut Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari Rahimahullah.- Wan Mohamad KP JAKIM " .


* Sumber ucapan dipetik daripada perutusan khas yang dihantar sendiri oleh KP JAKIM kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah pada Rabu, 3hb September 2008, jam 11:07pm waktu Malaysia.


Malah Mufti-Mufti lain turut mengucapkan takziah dan pujian terhadap Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harary . Antaranya SS Mufti Negeri Pahang, SS Mufti Terengganu, SS Mufti Selangor, SS Mufti Johor, YADIM, SS Mufti Australia dan lain-lain NGO Islam seluruh dunia.


Apakah mereka ini dikira sebagai 'Ahbash', Jamaah Takfir, Kumpulan sesat, Fanatisme Agama??? Hanya Wahhabiy @ mereka yang mengakses maklumat dari tokoh Wahhabiy yang menjenamakan mereka sedemikian. Jika Syeikh Abdullah tidak menentang doktrin Wahhabiy ternyata tak wujud gelaran sebegini. Ramadhan juga telah menyaksikan bahawa jutaan Umat Islam seluruh dunia menunaikan solat jenazahnya. Semoga Allah menyucikan sirnya. Aamiin.


merekalah yang yang bertungkus lulus memurnikan akidah sebenar yang di bawa oleh para anbiya' dan menjaga kelestarian agala islam daripada ajaran sesat yang batil..



Thursday, September 4, 2008

UCAPAN TAKZIAH DARIPADA SOHIBUS SAMAHAH DATO' ASY-SYEIKH AL-HAJ NOOH BIN GADOT




PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH DAN PUJIAN OLEH:


SOHIBUS SAMAHAH DATO' ASY-SYEIKH AL-HAJ NOOH BIN GADOT MUFTI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM DI ATAS PEMERGIAN AL-MUHADDITH AL-WALI SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI KE RAHMATULLAH.


Ucapan Dato' Mufti Johor:" Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Siang hari Selasa bersamaan 2hb Ramadhan 1429H baru ini umat Islam dikejutkan dengan pemergian ke rahmatullah seorang tokoh ulama Islam yang berani mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah beliau adalah Al-Muhaddith Al-Allamah Asy-Syeikh Abdullah Al-Harari terkenal dengan Al-Habasyi rahimahullah. Dengan ini saya, keluarga saya, Jabatan Mufti Johor dan seluruh umat Islam di Negeri Johor memohon semoga Allah subhanahu wata'ala melimpahkan keampunan ke atas ruh Syeikh Abdullah Al-Harari dan menempatkan beliau bersama ruh muslimin, para syuhada', para ulama, para muttaqin dan para ambiya'.Ta'ziah juga saya ucapkan buat ahli keluarga, para penuntut dan anak-anak murid beliau yang gigih mempertahankan aqidah Islam dengan hujah-hujah yang kental. Saya sendiri mengenali dan mengetahui perihal Syeikh Abdullah Al-Harari Al-Habasyi dengan baik berdasarkan kitab-kitab dan karangan-karangan beliau yang cukup hebat. Kepakaran beliau dalam ilmu hadith pula membuktikan bahawa beliau merupakan seorang ulama Al-Muhaddith dan juga merupakan seorang wali dan pejuang yang mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Semoga Allah merahmati beliau dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus. Rahimakallah ya Syeikh Abdallah Al-Harari ".


* Sumber ucapan SS. Dato' Mufti Johor tersebut dipetik daripada perutusan khas beliau sendiri secara bertulis dan berlisan juga mengunakan bahasa arab yang dituturkan oleh beliau sendiri kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah Beirut Lubnan pada hari Khamis, 4hb September 2008, jam 11:00am waktu Malaysia.

Tuesday, September 2, 2008

ULAMAK-ULAMAK NUSANTARA MENOLAK AKIDAH WAHABI DAN MUJASSIMAH

Benarkah Ulamak Nusantara Tidak Mengkafirkan Mujassimah??!






Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


ULAMAK MELAYU BUKAN CALANG-CALANG ULAMAK


Sesetengah hamba Allah yang dahagakan kebenaran semalam bertanyakan tentang ulamak-ulamak Melayu kita yang mengatakan iktikod mengatakan Allah ini berjisim adalah keluar daripada Islam. Maka di atas hasrat yang murni itu hamba datangkan ulamak yang paling mashur di tanah air kita, kata-katanya dijadikan hujah, perbuatan dan akhlaknya dijadikan contoh dan teladan, zuhudnya dipertuturkan oleh lidah dan amalan.




Berkata Al-Alim Al-Allamah Al-‘Arif Al-Rabbany Maulana Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony[1] dalam menjelaskan perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu keluar daripada Islam melalui iktikod: “….syak akan satu sifat Allah atau dibangsakan baginya sifat yang wajib kita sucikan dia daripadanya dengan ijma’ seperti (Allah) berjisim[2] atau masuk pada suatu (akidah hulul ) atau bersuatu (bersatu) dengan sesuatu (ittihad), sekalian iktikoq kufur”.


Kata-kata Al-Alim Al-Allamah Al-‘Arif Al-Rabbany Maulana Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony ini disyarahkan serba sedikit oleh anak muridnya, Syeikh Muhammad Nur Bin Muhammad Bin Ismail Al-Fathony di dalam kitabnya, Sullamul Muhtady[3] syarah bagi kitab Kifayatul Muhtady: “… atau dibangsakan baginya sifat yang wajib kita sucikan dia daripadanya dengan ijmak seperti (Allah) berjisim atau masuk pada suatu (hulul), atau bersuatu (bersatu) denga suatu (ittihad), sekalian itu iktikod kufur maka jadilah dia murtad dengan yang demikian itu “.


Pembicaraan tentang iktikod Allah berjisim ini dibukukan oleh kedua- dua ulamak tadi di bawah tajuk murtad. Ini menunjukkan Mujassimah itu terkeluar daripada Islam.


Berkata Syeikh Muhammad ‘Ali Bin Abdul Ghafur Al-Kelantany di dalam Kitab Zahratul Murid Fi ‘Aqa-id At-Tauhid[4] : “dan Zat allah taala itu tiada berjisim”.



Berkata Syeikh Al-Fadhil Umar Bin Zainul Abidin Al-Fathoni, anak kepada Al-Alim Al-Allamah Zainul ‘Abidin Ibn Muhammad Al-Fathony yang mashhur dengan gelaran Tuan Minal dalam membicarakan tentang bab Riddah (murtad ) : “ atau iktikod ia akan ketiadaan (mengingkari) satu sifat daripada segala sifat Allah subhanahu wata ’ala yang wajib baginya dengan ijmak ulamak seperti sifat Al-ilmu dan Al-qudrah atau menyebut ia bagi Allah Subhanahu Wata ‘Ala itu akan satu sifat yang Maha Suci Allah Taala daripada nya dengan ijma’ seperti jisim (mengatakan Allah taala jisim) dan warna atau berhubung dengan alam atau bercerai daripadanya”.[5]


Selain daripada itu, terdapat beberapa kitab yang dikarang oleh seorang ulamak jawi kita yang jelas mengatakan golongan mujassimah keluar daripada Islam. Namun, Kitab ini tidak di nyatakan pengarangnya. Apa yang pasti semasa penulis berada di Thailand, pernah beberapa kali menanyakan tentang pengarang kitab ini tetapi tidak diketahui jua. Apa yang agak pasti pengarangnya sezaman dengan Al-Alim Al-Allamah Al-‘Arif Al-Rabbany Maulana Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony atau dia sendiri atupun murid-muridnya. Kitab yang penulis maksudkan ialah “ Tuhfah Al-Raghibin Fi Bayani Haqiqati Iman Al-Mukminin Wama Yufsiduhu Min Riddati Al-Murtaddin Li Ahadi Ulama’ Al-Jawiyin Al-‘Alamin”[6], berkata pengarang kitab : (( “ adapun kaum mujassimah, maka setengah daripada mereka itu iktikod bahawa Allah itu jauhar yang maujud, dan setengah mereka itu bahawa Allah taala itu jisim tetapi tiada seperti jisim yang lain, dan setengah mereka itu iktikodnya bahawa Allah taala seperti rupa manusia, dan setengah mereka itu iktikodnya bahawa ada bagi Allah taala daging dan darah dan anggota muka dan tangan dan kaki dan jari, dan setengah mereka tu iktikodnya bahawa ada bagi Allah Taala rupa tetapi tiada kami ketahui betapa (bagaimana) rupanya, dan setengah mereka itu iktikodnya bahawa Allah taala datang dan turun dengan zatnya serta bergerak dan berpindah daripada sesuatu tempat kepada suatu tempat, dan setengah mereka itu iktikodnya Allah Taala duduk di atas arasy, dan setengah mereka itu iktikodnya bahawa Allah Taala masuk pada Arasy dan Arasy itulah tempat kediamannya..Syahadan. Adalah perpegangan (pegangan) setengah kaum mujassimah pada iktikodnya yang tersebut itu dzohir ayat dan hadits yang mutasyabihat. Dan di nama ia kaum mujassimah itu (sebagai) musyabbihah. Kata Imam Fakhruddin Al-Razi ; yang mujassimah itu mushabbihah, dan yang mushabbihah itu kafir kerana diitsbatkannya bagi hak Allah Taala berjisim, dan akan jisim itulah yang disembahnya, dan barangsiapa menyembah jisim maka sanya jadi kafir kerana ia meyembah yang lain dari dari Allah Taala. Kata Imam Ahmad Radhiallahu Anhu : “ barangsiapa mentashbihkan Allah Taala dengan makhluk maka sanya jadi kafir, dan berkata Sohib Al-Jauhar Al-Nafsiyah : barangsiapa mengiktikodkan Allah taala itu berjisim maka sanya jadilah ia kafir”.


Lagi berkata pengarang kitab “ Tuhfah Al-Raghibin Fi Bayani Haqiqati Iman Al-Mukminin Wama Yufsiduhu Min Riddati Al-Murtaddin Li Ahadi Ulama’ Al-Jawiyin Al-‘Amilin” selepas mengkafirkan mujassimah: “ pelihara akan dirimu daripada daripada iktikod dan perkataan dan perbuatan yang bid’ah, dan janganlah bersahabat dengan kaum yang mempunyai bida’ah lagi dhaolalah (sesat lagi menyesatkan), dan janganlah memuliakan mereka itu kerana sabda Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam ;


Yang bererti “ barangsiapa yang memuliakan ahli Bida’ah maka sanya menolongi ia pada pada meruntuhkan agama Islam. Telah meriwayatkan akan hadits ini Imam Al-Baihaqi. Dan lagi sabda nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam ;


Yang bererti : “ Ahli Bida’ah itu sejahat-jahat makhluk dan tabiat”. Telah meriwayatkan akan hadits ini Abu Nu’aim. Dan lagi sabda Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam :


Yang ertinya “ Barangsiapa menghinakan akan ahli bida’ah nescaya disentosakan Allah Taala akan dia pada hari kiamat daripada huru hara terkejut yang amat besar” )) tamat nukilan penulis daripada kitab “ Tuhfah Al-Raghibin Fi Bayani Haqiqati Iman Al-Mukminin Wama Yufsiduhu Min Riddati Al-Murtaddin Li Ahadi Ulama’ Al-Jawiyin Al-‘Alamin”.



[1] Lihat Berkata Al-Alim Al-Allamah Al-‘Arif Al-Rabbany Maulana Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony, Kifayatul Muhtady.

[2] Berkata Imam As-Syafie: “Jangan mengkafirkan Ahlul-Kiblah, dikecualikan dalam masalah ini al-mujassim. Berkata sesetengah ulamak perkara Bida’ah itu terdapat beberapa bahagian , bahagian yang pertama apa yang wajib kita kafirkan seperti orang yang menuduh ‘Aisyah radhiallahu anha, dan orang yang mungkir ilmu juz’yat, dan orang mengingkari kembalinya jasaq selepas kematian,, dan mujassimah, dan orang yang berkata dengan qidam alam (ala mini azali)…”. Lihat Imam As-Suyutiy Al-Ashbah Wa Al-Naza’i r Fi Qawa’idy Wa Furu’ Fiqhi As-Syafi’yyah, Bab Murtad, ( Beirut , Percetakan Darul Kutub Al-Ilmiyyah ) juzuk ; 2, m/s : 441.

[3] Lihat Syeikh Muhammad Nur Bin Muhammad Bin Ismail Al-Fathony , Sullamul Muhtady, ( Fathony Thailand, Percetakan Maktabah Wa Mathba’ah Muhammad Al-Nahdy Wa Auladidi, tarikh : 10 Syaaban tahun 1351 H) m/s22.

[4] Syeikh Muhammad ‘Ali Bin Abdul Ghafur Al-Kelantany, Kitab Zahratul Murid Fi ‘Aqa-id At-Tauhid ( Fathony Thiland, Percetakan Mathba’ah Bin Halaby,Tahun 1396 H ) m/s 11

[5] Rujuk Miftah al-Murid Fi ilmi at-Tauhid ( Surabaya Indonesia, Percetakan Bengkulu Indah, tahun : tiada )m/s 8.

[6] Lihat Tuhfah Al-Raghibin Fi Bayani Haqiqati Iman Al-Mukminin Wama Yufsiduhu Min Riddati Al-Murtaddin Li Ahadi Ulama’ Al-Jawiyin Al-‘Alamin, ( Fathoni Thailand, Percetakan Mathba’ah Bin Halaby ) M/S 17.


Disediakan Oleh ;

Abu Lehyah Al-Kelantany

( 0133005046)

http://abulehyah.blogspot.com/