Benarkah Ulamak Nusantara Tidak Mengkafirkan Mujassimah??!
بسم الله الرحمن الرحيم
ULAMAK MELAYU BUKAN CALANG-CALANG ULAMAK
Sesetengah hamba Allah yang dahagakan kebenaran semalam bertanyakan tentang ulamak-ulamak Melayu kita yang mengatakan iktikod mengatakan Allah ini berjisim adalah keluar daripada Islam. Maka di atas hasrat yang murni itu hamba datangkan ulamak yang paling mashur di tanah air kita, kata-katanya dijadikan hujah, perbuatan dan akhlaknya dijadikan contoh dan teladan, zuhudnya dipertuturkan oleh lidah dan amalan.
Berkata Al-Alim Al-Allamah Al-‘Arif Al-Rabbany Maulana Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony[1] dalam menjelaskan perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu keluar daripada Islam melalui iktikod: “….syak akan satu sifat Allah atau dibangsakan baginya sifat yang wajib kita sucikan dia daripadanya dengan ijma’ seperti (Allah) berjisim[2] atau masuk pada suatu (akidah hulul ) atau bersuatu (bersatu) dengan sesuatu (ittihad), sekalian iktikoq kufur”.
Kata-kata Al-Alim Al-Allamah Al-‘Arif Al-Rabbany Maulana Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony ini disyarahkan serba sedikit oleh anak muridnya, Syeikh Muhammad Nur Bin Muhammad Bin Ismail Al-Fathony di dalam kitabnya, Sullamul Muhtady[3] syarah bagi kitab Kifayatul Muhtady: “… atau dibangsakan baginya sifat yang wajib kita sucikan dia daripadanya dengan ijmak seperti (Allah) berjisim atau masuk pada suatu (hulul), atau bersuatu (bersatu) denga suatu (ittihad), sekalian itu iktikod kufur maka jadilah dia murtad dengan yang demikian itu “.
Pembicaraan tentang iktikod Allah berjisim ini dibukukan oleh kedua- dua ulamak tadi di bawah tajuk murtad. Ini menunjukkan Mujassimah itu terkeluar daripada Islam.
Berkata Syeikh Muhammad ‘Ali Bin Abdul Ghafur Al-Kelantany di dalam Kitab Zahratul Murid Fi ‘Aqa-id At-Tauhid[4] : “dan Zat allah taala itu tiada berjisim”.
Berkata Syeikh Al-Fadhil Umar Bin Zainul Abidin Al-Fathoni, anak kepada Al-Alim Al-Allamah Zainul ‘Abidin Ibn Muhammad Al-Fathony yang mashhur dengan gelaran Tuan Minal dalam membicarakan tentang bab Riddah (murtad ) : “ atau iktikod ia akan ketiadaan (mengingkari) satu sifat daripada segala sifat Allah subhanahu wata ’ala yang wajib baginya dengan ijmak ulamak seperti sifat Al-ilmu dan Al-qudrah atau menyebut ia bagi Allah Subhanahu Wata ‘Ala itu akan satu sifat yang Maha Suci Allah Taala daripada nya dengan ijma’ seperti jisim (mengatakan Allah taala jisim) dan warna atau berhubung dengan alam atau bercerai daripadanya”.[5]
Selain daripada itu, terdapat beberapa kitab yang dikarang oleh seorang ulamak jawi kita yang jelas mengatakan golongan mujassimah keluar daripada Islam. Namun, Kitab ini tidak di nyatakan pengarangnya. Apa yang pasti semasa penulis berada di
Lagi berkata pengarang kitab “ Tuhfah Al-Raghibin Fi Bayani Haqiqati Iman Al-Mukminin Wama Yufsiduhu Min Riddati Al-Murtaddin Li Ahadi Ulama’ Al-Jawiyin Al-‘Amilin” selepas mengkafirkan mujassimah: “ pelihara akan dirimu daripada daripada iktikod dan perkataan dan perbuatan yang bid’ah, dan janganlah bersahabat dengan kaum yang mempunyai bida’ah lagi dhaolalah (sesat lagi menyesatkan), dan janganlah memuliakan mereka itu kerana sabda Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam ;
Yang bererti “ barangsiapa yang memuliakan ahli Bida’ah maka sanya menolongi ia pada pada meruntuhkan agama Islam. Telah meriwayatkan akan hadits ini Imam Al-Baihaqi. Dan lagi sabda nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam ;
Yang bererti : “ Ahli Bida’ah itu sejahat-jahat makhluk dan tabiat”. Telah meriwayatkan akan hadits ini Abu Nu’aim. Dan lagi sabda Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam :
Yang ertinya “ Barangsiapa menghinakan akan ahli bida’ah nescaya disentosakan Allah Taala akan dia pada hari kiamat daripada huru hara terkejut yang amat besar” )) tamat nukilan penulis daripada kitab “ Tuhfah Al-Raghibin Fi Bayani Haqiqati Iman Al-Mukminin Wama Yufsiduhu Min Riddati Al-Murtaddin Li Ahadi Ulama’ Al-Jawiyin Al-‘Alamin”.
[1] Lihat Berkata Al-Alim Al-Allamah Al-‘Arif Al-Rabbany Maulana Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony, Kifayatul Muhtady.
[2] Berkata Imam As-Syafie: “Jangan mengkafirkan Ahlul-Kiblah, dikecualikan dalam masalah ini al-mujassim. Berkata sesetengah ulamak perkara Bida’ah itu terdapat beberapa bahagian , bahagian yang pertama apa yang wajib kita kafirkan seperti orang yang menuduh ‘Aisyah radhiallahu anha, dan orang yang mungkir ilmu juz’yat, dan orang mengingkari kembalinya jasaq selepas kematian,, dan mujassimah, dan orang yang berkata dengan qidam alam (ala mini azali)…”. Lihat Imam As-Suyutiy Al-Ashbah Wa Al-Naza’i r Fi Qawa’idy Wa Furu’ Fiqhi As-Syafi’yyah, Bab Murtad, ( Beirut , Percetakan Darul Kutub Al-Ilmiyyah ) juzuk ; 2, m/s : 441.
[3] Lihat Syeikh Muhammad Nur Bin Muhammad Bin Ismail Al-Fathony , Sullamul Muhtady, ( Fathony
[4] Syeikh Muhammad ‘Ali Bin Abdul Ghafur Al-Kelantany, Kitab Zahratul Murid Fi ‘Aqa-id At-Tauhid ( Fathony Thiland, Percetakan Mathba’ah Bin Halaby,Tahun 1396 H ) m/s 11
[5] Rujuk Miftah al-Murid Fi ilmi at-Tauhid (
[6] Lihat Tuhfah Al-Raghibin Fi Bayani Haqiqati Iman Al-Mukminin Wama Yufsiduhu Min Riddati Al-Murtaddin Li Ahadi Ulama’ Al-Jawiyin Al-‘Alamin, ( Fathoni
Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
4 comments:
Memang kita hormati ulama manapun ,samada melayu ,arab dan sebagainya ,tetapi sokongan kita kepada mereka , janganlah sampai membutakan tentang kelemahan mereka , selagi bukan Nabi ,sudah pasti punya kelemahan , kita perlu menerima hakikat itu.
Yang amat pelik nya lagi ,orang yang kononnya menghormati dan menyanjung ulama melayu ini , dalam masa yang sama mereka ini ,tidak mau menerima fatwa semua ulama melayu dalam kitab-kitab sabilal muhtadin,bahrul mazi dan sebagainya , yang mengatakan "adalah makruh lagi bid'ah ,sesiapa yang membuat makanan(ma'tam)dan dijamukan kepada orang yang datang bertakziah ketika kematian semada jenazah telah dikebumikan atau masih dirumah" ,"dan makruh lagi bid'ah bagi yang menghadiri majlis tersebut dan haram hukumnya jika jamuan tersebut dibuat dengan menggunakan harta anak yatim.
Malah mereka itu (orang yang kononnya menyanjung ulama melayu)tak mau ikut fatwa para ulama-ulama melayu yang bermazhab syafiee , nampak yang mereka ini double standard,apa yang setuju dengan hawa nafsu mereka, mereka akan ikut , dan apa yang bertentangan dengan kepentingan mereka ,mereka cuba mentakwilkan dengan berbagai-bagai takwil.alangkah peliknya para ulama kita ini.
Memang kita kena menghormati para ulamak sebab mereka adalah pewaris para nabi tak kiralah ulamak melayu atau apa bangsa sekali pun. Oleh itu kita harus tahu kenapa Ulamak Nusantara menolak fahaman wahhabi dan Mujassimah. Wahhabi cuma golongan kecil yg mewakili fahaman Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhammad ibn Wahhab mankala Ulamak Nusantara memakili aliran fahaman yang sederhana, mengambil kira seluruh pendapat Ulamak Salaf dan Khalaf. Kita perlu mengambil jalan tengah dlm isu ini , dan memberi penjelasan secara ilmiah, bukan hanya dengan cara tuduh menuduh, bertengkar yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. Sikap yg melampau adalah hasil dari ketaksuban golongan pengikut-pengikut yang tidak memeahami apa isunya. Terima kasih kepada blogger . Wasallam
kamu bawak buku tapi kamu sendiri tak paham apa yang kamu bawak ...
dia begini ...
buku betul lah dan semua muslim menafikan jisim bagi Allah ...
tapi kamu kena ingat bahawa Allah yang tulah jugak yang kata Allah atas langit, Allah ada tangan, Allah ada muka dan sebagainya ...
dan nabi muhammad tulah juga yang mentaqrirkan kata-kata Allah itu ...
jadi nasihat saya .. kamu jangan peningkan diri kamu sendiri
Memang benar Allah itu juga yg kata Dia ada muka kaki tangan bagai, tapi tafsiran oleh jumhur ulama & ulama2 muktabar yg merupakan pewaris nabi menunjukkan sebaliknya. Apakah kamu ingin ikut pendapat pewaris nabi yg jarak ilmunya bagai langit dengan bumi dgn kaum mujasimmah itu atau sebaliknya? Atau kamu rasa kamu lebih ilmuan dr pewaris nabi?
Post a Comment